Maklumat Terkini
Kepada semua Ahli MPSB.
Berpandukan kepada pengalaman yang lepas, ada berlaku penipuan di mana ada Ahli yang menggunakan Bank In slip yang sama untuk memasukkan Ahli baru. Tindakan akan diambil atas perkara ini. Untuk pengetahuan, Syarikat memerlukan masa lima (5) hingga tujuh (7) hari untuk menyemak kesahihan dan mengaktifkan kemasukan Ahli baru. Proses penyemakan adalah berpandukan kepada kemasukan wang ke dalam Bank CIMB mengikut tarikh pengesahan Bank Draft atau cek dan jumlah kemasukan wang oleh pihak Bank. Sekarang ini MPSB ingin mempercepatkan proses tersebut dengan mengurangkan masa penyemakan. Oleh itu, Syarikat hanya menerima Bank draft atau cek sahaja. Setelah Bank Draft atau cek dimasukkan ke dalam Bank anda perlu menghantar salinan slip Bank Draft atau cek bagi pengesahan kemasukan dan sila fax kepada no. 03-21666423. PIHAK SYARIKAT AKAN MEMASTIKAN KEMASUKAN WANG ANDA KEDALAM BANK BERPANDUKAN TARIKH, MASA DAN CETAKAN DARIPADA KAUNTER BANK.